+607 3309193 / +6014 6791934 sahc@singaporeaccident.org.my

Sebagai aur dengan tebing. Kita sebagai warganegara Malaysia saling membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.

Yang baik kita berkongsi. Pekerja Malaysia, mari kita berjuang untuk hak  dan kepentingan kita mula dari sekarang!

Mula

Berita Terkini

Mengenai Kami
Latar Belakang

Laluan Tambak Johor menghubungkan ribuan rakyat Malaysia dari tempat tinggal mereka ke tempat pekerjaan masing-masing. Kesesakan lalu lintas yang berterusan di bandar Johor Bahru dan  di tambak tersebut telah menjadi pemandangan biasa kepada kita sekarang. Istilah ‘Pekerja Malaysia’ juga digunakan secara meluas dalam perbualan harian. Ia menggambarkan rakyat-rakyat Malaysia yang bertugas di Singapura dan menetap di sini. Tanpa mengira wanita, lelaki, tua atau muda, mereka menempuh kesesakan Tambak hampir setiap, baik untuk pergi atau pulang dari pekerjaan, demi mencari mata rezeki untuk menyara kehidupan yang lebih baik untuk keluarga mereka.

Sebagai seorang pekerja Malaysia yang berulang-alik menempuh kesesakan harian di seberang tambak, pernahkah anda terfikir tentang hak-hak individu anda sementara anda bertugas atau bila anda dalam perjalanan?

Sebagai contoh, jika anda terlibat dalam kemalangan di seberang tambak, siapakah yang perlu anda rujuk untuk mendapatkan bantuan? Jika anda tercedera sambil bekerja atau di tempat pekerjaan, tahukah anda cara untuk menuntut pampasan untuk diri anda? Atau jika anda tidak lagi mampu untuk bekerja disebabkan oleh kecederaan yang anda alami semasa bertugas dan majikan anda menamatkan perkhidmatan anda, tahukah anda sama ada anda boleh mengambil tindakan yang patut?

Tempoh masa perjalanan harian anda yang panjang ke tempat pekerjaan dari rumah melibatkan tempoh masa yang panjang. Ia mendedahkan anda kepada risiko-risiko kemalangan yang lebih tinggi baik di jalan raya atau di tempat perkerjaan.

Malang tidak berbau. Memandangkan kehidupan yang tidak dapat diduga, apakah sandaran yang boleh kita harapkan? Apabila kemalangan menimpa, penyesalan dan penundaan bukan cara yang betul untuk menangani situasi tersebut. Sebaliknya, anda perlu bersedia untuk bertindak dan mendapatkan bantuan, baik daripada golongan profesional atau umum, untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin.

Persatuan Bantuan Kemalangan Di Singapura merangkumi sikap bantu-membantu dan keprihatinan antara rakyat Malaysia. SAHC berdaftar di Johor Bahru, dan diiktiraf Kerajaan Malaysia. Kami bertekad untuk menyediakan bantuan dalam segala perkara dan isu yang melibatkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Bantuan yang kami tawarkan termasuk memberi nasihat-nasihat keselamatan jalan-raya, perancangan bantuan kewangan untuk rawatan perubatan, siasatan kemalangan, kaunseling psikiatri, nasihat guaman mengenai undang-undang Singapura dan perkhidmatan lain-lain yang berkaitan.

Jika anda merupakan seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, atau jika anda mempunyai ahli keluarga yang bekerja di Singapura, anda boleh memohon supaya menjadi ahli SAHC. Tanpa mengira bangsa, negeri, atau pekerjaan, kami mengalu-alukan permohonan anda. Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan Jalanraya atau kecederaan apabila bertugas, anda hanya perlu menghubungi talian SAHC dan menjelaskan masalah yang dihadapi. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan bantuan segera dan sesuai bagi menangani masalah atau kebimbangan yang hadapi.

Kepada rakyat Malaysia yang bertugas di Singapura, tangani masalah anda sekarang!

 

Perkhidmatan
Perkhidmatan kami
Senarai Perkhidmatan
Perancangan Kewangan untuk Rawatan Perubatan

Kemalangan jalan raya seringkali berlaku dan hampir tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi, jika anda perlu menyeberangi tambak setiap hari, risiko anda mengalami kecederaan lebih tinggi. Sekiranya anda bernasib baik, anda hanya akan mengalami kecederaan ringan atau hanya kenderaan anda terjejas. Tetapi, sekiranya anda menghadapi kecederaan yang parah, seperti retak tulang atau lumpuh, kehidupan anda akan terjejas.

Undang-undang buruh di Singapura tidak mempunyai ganjaran untuk perkerja Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalanraya walaupun kemalangan tersebut melibatkan perjalanan ke tempat kerja mereka. Lebih-lebih lagi, jika kes tersebut dikendalikan oleh polis Singapura, anda mungkin menghadapi kos-kos pembiayaan yang tinggi.

Begitu juga, kemalangan di tempat kerja juga amat berleluasa di antara kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Seperti kami bincangkan, pekerja Malaysia yang bertugas di Singapura didedahkan kepada risiko kemalangan yang tinggi. Di bawah Akta Pampasan Kecederaan Pekerja (WICA), selagi pekerja tercedera apabila dia sedang bertugas, majikannya akan menanggung tanggungjawab bagi pampasannya.

Walau bagaimanapun, jika anda bertemu dengan kemalangan jalan raya atau kecederaan di tempat kerja, anda pasti tidak dapat bekerja dalam tempoh pemulihan anda. Lebih-lebih lagi, kos rawatan di Singapura lebih tinggi berbanding kos rawatan di Malaysia. Tambahan pula, oleh kerana kediaman anda di Malaysia dan masalah kewangan yang terhad, anda tidak mempunyai ganjaran untuk meneruskan rawatan di Singapura. Dalam usaha untuk mengurangkan beban bil-bil perubatan anda, SAHC telah bekerjasama dengan pelbagai pakar klinik dan hospital di Johor untuk menyediakan khidmat nasihat, pemeriksaan dan rawatan dengan harga yang lebih berpatutan untuk ahli-ahli SAHC. Selain itu, SAHC juga akan bekerjasama dengan pusat pakar pemulihan yang diuruskan oleh ahli fisioterapi profesional bagi membantu ahli-ahli kami dalam pemulihan mereka.

Siasatan Kemalangan

Dalam masa kini, pembangunan teknologi berkembang dengan pesat. Secara berperingkat, kegunaan sistem rakaman dan pengesanan telah meresap ke dalam kehidupan harian kita. Pengendalian teknologi rakaman juga terlibat dalam siasatan kemalangan. Pada zaman lalu, antara kaedah yang menentukan sebab-sebab kemalangan berlaku adalah dengan mendapatkan keterangan saksi dan perihal kemalangan dari pihak-pihak pemandu. Jika tidak ada saksi dan tiada pihak bersedia untuk mengakui kesalahan maka perkara ini selalunya berakhir dengan prosiding mahkamah yang mahal dan memakan masa.

Sejak akhir kini, pemilik kereta telah bermula memasang peralatan rakaman di dalam kenderaan mereka. Kaedah untuk menyiasat punca kemalangan juga mengikut berubah. Kebanyakan kereta sekarang mempunyai pita rakaman video yang dapat menangkap maklumat tindakan pemandu dan pergerakan kenderaan. Lebih-lebih lagi, ramai pemandu akan memuat naikan rakaman kemalangan mereka ke platform video internet.

SAHC harap mengendalikan maklumat teknologi tersebut, dan bersandarkan platform media sosial yang mantap, untuk melakukan siasatan yang lebih luas untuk membuktikan punca kemalangan. Berdasarkan maklumat asas, SAHC akan cuba mendapatkan kesan rakaman yang dicatit oleh pita rakaman kenderaan yang berkenaan/terlibat dengan kemalangan tersebut. Ini membolehkan kami menyiasat punca kemalangan tersebut, dan mungkin mengenal pasti bagaimana ia terjadi.  Jika ia berasas, ia membolehkan kita membuat rujukan jenayah berdasarkan bukti-bukti yang ada. Ini boleh melindungi pemilik kenderaan daripada tindakan guaman, dan pada masa yang sama mengelakkan perbalahan berpanjangan.

 

Perkhidmatan yang berkaitan

Memandangkan tempoh masa panjang yang diluangkan dalam perjalanan dan semasa bertugas, Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sentiasa didedahkan kepada risiko dimana kenderaan mereka akan rosak di jalanraya.

Tahukah anda, di Singapura, jika pemilik kenderaan meninggalkan kereta atau motosikal mereka di tepi jalan untuk lebih daripada 4 jam, polis trafik Singapura akan menunda kenderaan itu ke balai polis yang terdekat? Pemilik kenderaan tersebut perlu membayar pembiayaan itu di balai polis. Jumlah kos pembayaran mungkin menjejak SGD $1,000.00 jika kenderaan itu tidak dituntut awal.

SAHC akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan tundaan untuk mengembalikan kenderaan anda ke Johor secepat mungkin. Ini dapat menjimatkan kos pembiayaan dan kos tambahan. Sebaik sahaja kenderaan anda rosak di Singapura, hubungi kami dengan segera. Kami akan menguruskan sebuah trak tunda ke lokasi anda dan kembali kenderaan anda ke Johor Bahru untuk kerja-kerja membaiki.

Dengan kos perkhidmatan yang berpatutan dan ditambah pula servis bantuan yang cekap, SAHC harap memberikan anda penjimatan masa dan ketenangan minda. Harap maklum bahawa kos perkhidmatan tunda ini boleh diperolehi daripada syarikat insurans yang berkenaan.

Nasihat Guaman (Undang-undang Singapura)

Undang-undang sering dilihat sebagai bidang yang mengelirukan. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kesan yang mendalam terhadap kehidupan harian kita. Oleh kerana pekerja Malaysia di Singapura, didedah kepada risiko kemalangan yang lebih tinggi, SAHC harap membantu. Kami ditubuhkan untuk melindungi hak asas pekerjaan setiap pekerja Malaysia. Khususnya, kami harap membimbing ahli-ahli kami ke hala penyelesaian guaman yang terbaik dan mantap.

Apabila anda menghadapi pertikaian masalah kemalangan jalan raya di Singapura, atau majikan Singapura anda mengendahkan hak pampasan anda, perkara pertama yang anda perlu buat adalah menghubungi talian SAHC untuk mendapatkan bantuan. SAHC dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik ke atas keadaan anda. Ini membolehkan kami untuk memberi rujukan guaman yang sesuai setelah mengenal pasti isu-isu berkaitan. Kakitangan kami boleh menilai dan menerangkan kedudukan untuk menjalankan tuntutan pampasan di Singapura. Kami sedia untuk membimbing anda di setiap langkah perjalanan.

 

Pendidikan kesedaran keselamatan peribadi

Untuk meningkatkan lagi kesedaran keselamatan memandu jalan raya serta mewujudkan kesedaran keselamatan jalan raya, SAHC akan berkongsi maklumat terkini dengan ahli-ahli tentang peraturan lalu lintas dan Akta Lalulintas melalui risalah, e-mel, kongsian berita. Kerja-kerja advokasi boleh mencegah pemandu melanggar undang-undang lalu lintas, membangunkan sikap memandu yang baik dan juga mencegah kemalangan jalan raya.

Kaunseling psikologi

The SAHC juga menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk memberi sokongan emosi dan mental kepada mangsa kemalangan dan ahli keluarga mereka. Ahli kaunselor kami berhasrat untuk membantu pesakit mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang diri mereka dan memperbaiki/ mengekalkan hubungan mereka dengan orang lain. Antara matlamat kaunseling tersebut adalah membantu mangsa-mangsa kemalangan, sejauh mungkin, kembali kepada tahap kehidupan harian mereka supaya mereka dapat mengatasi apa-apa tekanan yang mungkin dihadapi selepas kemalangan itu.

DOs & DON’Ts

Protect yourself, install vehicle video recorder and get a big reward

Motorcyclists are exceptionally vulnerable. In case of accident, very often with injury to the head, they are unable to recall anything relating to the accident. The result is the other party will take advantage of the situation and allege that you were at fault. As such, you are urged to install both front and back vehicle video recorder on your bike. This will serve to protect you against wrongful accusation. In addition, it may earn you handsome reward when your camera capture 3rd party accidents. We are partnering with an organization that will provide up to RM10,000.00 if your video can help.

Never engage your employer’s recommended Lawyers!

You should never use your employer’s recommended lawyers after your accident as they may be more inclined to protect your employer’s interests and not yours. Your employer is legally obliged to pay all your hospitalization fees incurred in Singapore. Your employer will therefore be anxious to recover them by engaging their own lawyer to act for you in order that the hospitalization fees that they have paid for you can be directly deducted from your injury claim. As such, this may result in your claim amount being significantly reduced.

Never use the car workshop’s Lawyers

Prior to April 2016, claims for vehicle damage are usually undertaken by the workshops through their lawyers. Personal injury claims would then be proceeded with separately by the victims’ own lawyer. From April 2016 onwards, it is no longer possible to sue for vehicle damage claim separately from the personal injury claim.

To prevent cash flow problems and to secure their repair costs as quickly as possible, these car workshops would instruct their lawyers to exaggerate their repair costs, while accepting a lower liability by the wrongful party. This would affect the compensation amount you would get under your personal injury claim.

Let’s go to blood donation

Persatuan Kebajikan i-kasih Johor Bahru will be held a blood donation event on 6 November (Sunday) at Tampoi Giant, thanks to Persatuan Kebajikan I-Kasih provided a booth for SAHC to have a roadshow at there. Welcome the Malaysian workers whom work at Singapore come...
Read More

Run 2 Bless Charity Run

SAHC will be have a roadshow on 29 October (Saturday) 7am~11am at the Educity Sport Complex, welcome to participate in this charity run(registration deadline on 16 October, Register now! https://goo.gl/AFGZmD)and also the charity sale event will begin at 8am (Carnival...
Read More

Touch Aero Charity Sales

SAHC is a great honor to be associated with the Persatuan Kebajikan I-Kasih, to have a road show at this charity sales event. Those who are interested can also come to support. On the same day, SAHC will have the publicity and recruit membership at this event, also...
Read More

BORANG KEAHLIAN

Sertai Kami

Sila isilkan borang keahlian di bawah untuk menjadi sebagai ahli kami.

PERSATUAN BANTUAN KEMALANGAN DI SINGAPURA (JOHOR BAHRU, JB) JOHOR

10 + 15 =

More Info

Address: 109A, Jalan Perisai, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Phone: +6073309193, +60146791934

Email: sahc@singaporeaccident.org.my